
Sulit
4 tahun
Apa itu anxiety & cara merawatnya?
Apa itu sebenarnya masalah anxiety. Sepuluh tahun lalu, saya pernah mengalami rasa sesak nafas, tangan menggeletar, berpeluh-peluh semasa memandu & semasa menaiki tren. Saya pernah berjumpa doktor & didapati tiada masalah jantung & tekanan darah normal. Sekarang, kadang2 saya mengalami perkara yg sama juga. Adakah itu anxiety attack & adakah ia dpt disembuhkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau mengawal masalah keresahan (anxiety):
- Melakukan teknik pernafasan yang betul
- Mengosongkan fikiran
- Menenangkan diri
- Fikir tentang perkara yang boleh menenangkan fikiran dan diri anda
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Sekiranya anda pesakit dan mengambil ubat, patuh kepada arahan doktor dan ambil ubat seperti yang diberikan oleh doktor
- Lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.