Sulit
3 tahun
Apendiks atau gastric atau period
Sakit bhgn abdomen kiri tp kdg2 sakit tu lebih kpd bhgn perut.rasa mual dan sakit kepala…kurang kerap buang air besar spt sebelumnya…sy keliru ini Tanda nak period atau apendiks .sy jugak ada gastric yg teruk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan selain pemeriksaan fizikal. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
- sakit otot
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.