
Sulit
3 tahun
Apendix berulang kembali
Sebelum ni saya dah buat pembedahan tentang apendik baru je buat dalam bulan 4 dalam bulan puasa masa tu saya sakit dah 2 minggu tapi saya tak bagitahu kat mak ayah saya…jadi saya pon biarkan la masa tu saya pergi sekolah …saya rasa sakit sangat …lepastu abang saya bawaklah pergi klinik biasa …dia kata kencing kotor saya cakap la saya sakit perut sebelah kanan doktor tu pon cakap la sakitnya dah berapa lama …saya cakap la 2-3 hari saya terpaksa menipu sebab ayah saya suruh …saya makan la ubat dalam 2 hari tu saya sakit sangat perut saya …saya pergi lagi klinik tersebut dia cakap saya tak boleh bagi lagi ubat …terpaksa awak kena pergi hospital untuk dibedah la …saya pon terpaksa la pergi…so apendiks saya tak de la …dah kena buang …lepastu dah berakhir pembedahan …dalam beberapa minggu saya sakit lagi perut saya sakit ditekan sebelah kana terasa keras pulak tu …boleh saya tahu apa ini apendik lagi?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda telah melakukan pembedahan, ia bukan la keradangan appendiks lagi. Masalah anda boleh berlaku disebabkan:
- Luka pembedahan yang belum pulih sepenuhnya
- Jangkitan luka pembedahan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.