
Sulit
5 tahun
Aveflon tablet semasa hamil
Saya hamil 26 minggu, selamatkah sy ambil aveflon tablet semasa hamil 26 minggu. Ada kesan sampingan pd bayi Tak? Sy juga menyusukan anal berumur 1 thun 5bulan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, Aveflon ialah antara ubat yang digunakan untuk masalah buasir atau masalah pembengkakan saluran darah dan ianya adalah ubat yang terkawal. Kegunaan ubat ini semasa hamil adalah bergantung kepada tahap keperluannya. Ianya hanya diberikan jika ianya benar-benar diperlukan oleh ibu hamil.
Untuk mengetahui keselamatan ubat tersebut untuk diambil sewaktu hamil, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.