Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Baby 1 month demam selepas vaksin bermula 19 Mac

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 20, 2020 5:20 AM

Sulit 20 hari

Anak yg di jadualkan vaksin di klinik kesihatan pd 17/3 tapi sy telah bawa dia vaksin di klinik swasta kerana risau ruang kecil di KK dan terlalu ramai org. Pada 19/3 malam, anak sy demam sehingga hari ini 20/3 walaupun sy telah buat sponging. Dia menyusu seperti biasa (breastfeed) tapi pd harini sy pump utk monitor jumlah yg dia minum. Adakah demam dia di sebabkan vaksin tersebut? Apa yg sy dpt lakukan utk redakan demam dia? Apa yg sy perlu ambil perhatian semasa dia demam? Terima kasih.

Dr Sashini Seeni 20 hari
General Practitioner

Salam sejahtera.

Terima kasih untuk soalan anda. Suntikan vaksin boleh menyebabkan demam dalam segelintir kanak-kanak. Ini merupakan reaksi yang normal kerana terdapat vaksin yang memberi imuniti dengan menggalakkan pembuatan antibodi secara semula jadi. Anda harus sambung tepid sponging untuk menurunkan suhu badan anak anda.

Dalam situasi begini, anda harus merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya:

  • Suhu melebihi 40 darjah Celsius
  • Anak anda mengalami kesukaran bernafas atau menelan
  • Anak anda tidak bertindak balas
  • Umur kurang daripada 12 minggu
  • Bayi menangis lebih 3 jam
  • Bayi anda nampak lemah dan sangat sakit

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Mar 20 2020 05:20:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Benjolan di payudara sebelah kanan anak saya yang berumur 9 tahun Hi, doktor. Anak saya berumur 9 tahun. Perempuan. Saya perasan ada benjolan di payudara kanan beliau. Dia berasa sakit jika di tekan. Payudara sebelah kiri normal. Tiada benjolan. Adakah berbaha… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Bayi 9 bulan demam batuk selsema on off 6 hari Anak saya berumur 9 bulan. Demam selsema batuk sejak 18/3/2020. Pergi klinik kesihatan pada 19/3/2020. Diberi ubat demam, cair kahak dan antibiotik. 20/3/2020 masih demam dan beri ubat mengikut … Baca lagi...
16 hari
Sulit
Bayi susah buang Air besar & meragam ketika tidur Hi doctor, Anak saya berusia 3w2d, bayi lelaki. Anak saya meragam sepanjang hari, selalu meneran sehingga merah muka dan masih tidak membuang air besar. Kali terakhir dia membuang air besar pad… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Preauricular Sinus kali ke2 Anak perempuan saya berumur 9 tahun kini mengalami sakit preauricular sinus buat kali ke 2 d sebelah telinga kanan (tempat yg sama).pernah mengalaminya sewaktu dia berumur 6 tahun,dan pernah me… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Bayi 1 tahun 3 bulan batuk berkahak Hi doc, Sy ada seorang ank lelaki berusia 1 tahun 3 bulan mengalami batuk berkahak lebih kurang hampir 2 mggu.Batuknya jrang,tp nafasnya berbunyi berkahak. Baca lagi...
6 hari
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy