
Anonymous
5 tahun
Baby 5 Bulan sembelit
Baby saya fully menyusu formula milk … usia 5 Bulan…saya perasan sekarang baby selalu sembelit… selalu 3@4 Hari baru boleh membuang… & najis pun keras… saya nak tanya macam mana Cara untuk atasi masalah sembelit bayi ini…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit. Selain itu, punca sembelit bagi bayi anda juga boleh disebabkan alahan pada susu formula tersebut ataupun kurang minum susu ataupun malrotasi dan volvulus (usus berpotensi terputar) ataupun Necrotizing enterocolitis (infeksi serta bengkakpada perut).
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.