
rongfu9928
5 tahun
Baby mata kuning,dan mulut dalam kuning,tapi badan x kuning
Hi,selamat mlm,nak tanya(Baby mata kuning,dan mulut dalam kuning,tapi badan x kuning)baby knp ya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, anak anda sebenarnya mengalami jaundis atau penyakit kuning yang mempungai pelbagai sebab. Jaundis mempunyai beberapa tahap serius berdasarkan penilaian secara mata kasar dan ujian bilirubin dalam darah. Bilirubin lebih mudah mendap di mukosa dan sclera mata (bahagian putih mata). Lebih sukar untuk mengenalpasti jaundis pada kulit gelap. Jika jaundis mula muncul di dada dan seluruh badan, lemah, hilang selera makan, nangis tidak henti atau sawan, sila segera berjumpa doktor. Jangan sesekali ambil ubat tradisional atau meletak anak di bawah matahari.
Punca jaundis perlu diketahui untuk menilai tahap serius jaundis bayi dan sebelum memberi rawatan. Oleh itu maklumat lanjut amat diperlukan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar. Jika tiada kecemasan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih!