
Sulit
2 tahun
Badan belakang pedas seperti kena lada
Ibu saya berumur 65tahun ada penyakit darah tinggi dan mengambil ubat darah tinggi, kebelakangan ini dia sering mengadu rasa pedas seperti terkena lada terutama di belakang dan pinggang. Sering berlaku waktu malam dan menyebabkan dia sukar tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan boleh disebabkan:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- kencing manis
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.