
hannyezandra5993
5 tahun
Badan berpeluh, batuk dan sakit kepala
Ayah saya berusia lingkungan 54 tahun dan pernah menjalani bypass di ijn kira-kira 3 tahun yang lepas. Harini dia mengadu sakit kepala dan badan berpeluh. Saya juga ada terdengar dia sering batuk. Apakah tanda ini berkaitan dengan masalah jantung yang pernah dialaminya sebelum ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Tibi
- Masalah kegagalan jantung
- COPD
- Migraine
Masalah ini boleh berkaitan dengan jantung atau masalah yang berpunca daripada penyakit lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.