
iqakamis
2 tahun
Badan melayang-layang
Selamat sejahtera…sy wanita berusia 32tahun…sejak akhir2 ini saya kerap merasakan tubuh badan saya kurang stabil…terasa terhuyung hayang…ada kalanya menghidap sakit kepala…mengapakah ini terjadi kepada saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat 2 kategori kepada masalah ini iaitu:
Vertigo periferi
Vertigo berpusat
Tiga penyebab utama masalah ini adalah vertigo periferi iaitu:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo(BPPV): Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal
- Menieres’s disease : Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan
- Acute peripheral vestibulopathy(APV) adalah keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah ini
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.