
Sulit
3 tahun
Badan, muka, kaki seperti dicucuk jarum
Seluruh badan saya termasuk muka terasa seperti ada cucukan jarum atau gigitan semut termasuk di atas tapak kaki, betis, bawah dan atas lutut, pinggang, dada, leher, tengkuk, pipi, mata, kening, tapak tangan dan atas tapak tangan, jari, pergelangan tangan, siku dan bahu. Sudah berlarutan selama seminggu.
Saya juga kerap mengalami demam, sembuh selepas beberapa kali mengambil ubat demam tetapi kemudian demam datang semula.
Saya mengamalkan minum air suam yang banyak dan makan buah-buahan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami kurang jelas akan deskripsi cucuk jarum yang anda katakan. Jika merujuk kepada rasa kebas ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.