
Sulit
4 tahun
Badan panas pada waktu malam
Saya perempuan berumur 21 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sukar nak tidur malam sebab tiba2 badan berasa panas dan bahagian tekak saya berasa seperti ada makanan yang tersekat di bahagian tekak tapi saya tidak makan atau minum pada waktu terdekat semasa saya hendak tidur. Selain dari itu,saya berasa di bahagian tiroid saya agak sakit bila saya tekan di bahagian tiroid saya ini. Ayah saya dia ada hyperthyroid,jadi saya sebagai anaknya risiko untuk saya kena hyperthyroid itu agak tinggi ke? Kalau ya,saya perlu pergi ke klinik ke untuk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah kegagalan jantung
Masalah hormon tiroid berlebihan
Keturunan/genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.