
danelhzq
5 tahun
Badan panas tapi tidak lebih 27celcius dan kesukaran bernafas
Saya berusia 19tahun,minggu lepas saya sudah ada gejala seperti batuk tapi bukan batuk kering,dan masalah tekak kerana lendir,selepas 2-5,batuk dan sakit tekak mula hilang tetapi selepas itu,saya tiba2 rasa sukar untuk bernafas,tapi rasa macam (on/off),dan baru hari ni badan saya rasa panas2 tapi tak lebih 27 celcius,saya msih boleh lakukan aktiviti harian tetapi rasa lemah selepas baring terlalu lama.sebelum ni Tidak ada lagi kontak dengan pesakit covid.boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku dengan saya?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- anemia
- asma
- pneumonia
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini