
Sulit
4 tahun
Badan Rasa sengal sengal dn mudah letih
saya 47 thn badan mula berasa sakit dan bisa bisa serta cepat letih…saya Ada darah tingi mkkan ubat coverrem5/10 dan cair darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu badan yang rasa sengal-sengal dan mudah letih. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
- Masalah jantung
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Migrain
- Masalah saraf
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan nasihat dan penerangan lanjut daripada pakar perubatan kami.