
Sulit
5 tahun
Badan sejuk dan pucat selepas cabut gigi (infeksi nanah)
Saya wanita berusia 23 tahun dan lepas menjalani pembedahan kecil membuang gigi bongsu, hari ke-2 (pipi dan gusi bengkak), hari ke-3 ( gusi bernanah dan demam) ,hari ke-4(bengkak dan gusi bernanah berkurang dari hari ke-3) . Sepanjang 3 hari ni, saya tuam pipi dengan mengunakan ais dibalut tuala untuk mengurangkan bengkak. Disebabkan itu muka dan bibir pucat ,hari ke 3 demam. Saya gigis kapas untuk mengeluarkan nanah sebelum melalukan air suam garam untuk mencuci gusi. Pada hari ini, hari ke-4 , demam sudah kebah, dan nanah berkurang, dan saya tidak perlu makan ubat tahan sakit sebab tidak rase sakit. Tetapi badan keluar peluh sejuk, bibir dan tangan pucat, badan rasa lemah, seperti tidak cukup tidur walaupun saya masih boleh membuat kerja-kerja rumah ; basuh baju, memasak.
Adakah sebab saya tuam ais terlampau lama selama 3 hari dan menyebabkan suhu badan terjejas atau disebabkan infeksi gusi bernanah itu? Buat masa ini, klinik awam dan kebanyakan klinik swasta gigi cuti public holiday, apa yang saya patut buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memandangkan demam dan nanah dari gusi anda sudah surut, gejala badan berpeluh sejuk dan bibir dan tangan pucat boleh disebabkan faktor seperti:
- Anemia - kurang sel darah merah - akibat kehilangan darah ditambah dengan kehilangan darah ketika menstruasi serta kurang zat besi, folate dan vitamin B
- Dehidrasi - akibat kurang minum air kosong
- Kesan cabut gigi - menyebabkan saluran darah ke muka dan bibir mengecut sedikit dan menyebabkan kurang darah sampai akibat trauma. Namun ia akan pulih dalam masa beberapa hari
- Kesan reaktif badan - apabila terdapat pembedahan samada kecil atau besar, sistem imun badan akan teransang dan akan menyebabkan ia aktif untuk melawan bakteria atau kuman yang memasuki sistem darah dan ini menyebabkan sensasi seperti deman dan pucat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.