
Mardhia
6 tahun
Bagaimana nak elakkan pembedahan tonsil?
Hi doktor, saya seorang wanita berumur 21 tahun, sy kerap mengalami tonsil bengkak dan bernanah, apakah rawatan yg patut sy ambil bg mengelakkan pembedahan tonsil?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Tonsillitis merupakan keradangan tonsils anda yang dijangkiti oleh bakteria ataupun virus. Tonsillitis boleh dikategorikan kepada tiga jenis mengikuti jangka masa simptomnya, iaitu tonsillitis akut, tonsillitis kronik dan tonsillitis berulang. Bagi anda, kekerapan berlakunya tonsillitis meletakkan anda dalam kategori tonsillitis berulang.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda mempunyai jangkitan yang berulang kali, iaitu bakteria yang tidak sensitif terhadap antibiotik yang anda makan, sistem imun yang lemah dan berkemungkinan besar rumah anda mempunyai pembawa bakteria ini. Jikalau anda mempunyai tonsillitis, anda akan mengalami nafas berbau, sakit tekak, sakit menelan, demam, tonsils yang merah dan nodus limfa yang bengkak. Sama ada anda memerlukan pembedahan tonsil tertakluk kepada kekerapan jangkitan anda dan keseriusan kondisi anda.
Bagi pembedahan tonsil, ia merupakan satu prosedur pembedahan yang mengeluarkan tonsils anda. Ia dapat mengelakkan tonsillitis daripada terjadi kepada anda pada masa depan kerana anda tidak mempunyai tonsil. Tetapi setiap pembedahan mempunyai risiko, contohnya bengkak, pendarahan, jangkitan dan reaksi kepada ubat anestetik selepas pembedahan.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana merujuk kepada kami.
Radang tonsil ini dibahagikan kepada radang akut dan kronik. Berdasarkan simptom anda, nampaknya anda mengalami tonsilitis kronik. Tonsilitis kronik ini adalah serangan akut berulang kali kerana jangkitan kuman masih ada dalam tonsil walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit. Pertama, untuk demam dan juga sakit tekak, anda boleh mengambil ubat dalam kumpulan NSAID seperti ibuprofen, yang boleh didapati di farmasi, untuk melegakan simptom-simptom tersebut.
Untuk jangkitan bakteria anda pula, anda memerlukan antibiotik tetapi untuk mendapatkannya, anda memerlukan preskripsi doktor. Selain itu, di rumah, anda boleh berkumur dengan air garam (setengah sudu besar garam dalam satu gelas air) atau minum teh suam dengan madu mentah. Garam dan madu mentah ini dipercayai boleh membantu mengurangkan keradangan tonsil dan membantu merawat jangkitan.
Doktor tidak akan mencadangkan pembedahan pembuangan tonsil tanpa sebab yang kukuh. Sebagai contoh, dalam kes anda, jika ada nanah di sekitar tonsil lebih daripada satu episod, adalah disarankan untuk menjalani pembedahan. Ini supaya anda tidak dibebani dengen kekerapan serangan penyakit ini.