
Sulit
4 tahun
Bahagian belakang kepala terasa kebas..sesekali akn terasa sakit kepala
Sy nak tanye… Belakang kepala terasa kebas…kadang2 akn terasa sakit kepala…bila baring lama akn terasa kebas bahagian belakang kepala… Ape yg perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah rendah atau tinggi
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Masalah saluran dan peredaran darah ke bahagian belakang kepala
- Strok
- Migrain
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas dan sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.