syifaaina509
3 tahun
Bahagian kanan badan saya tangan pinggang pinggul dan kaki
Saya aina berumur 20 tahun dan belum berkakwin.
Sebelum ini saya penah mengalamai keadaan yang sama. Tangan, pinggang, pinggul sehingga kaki bahagian kanan. saya rasa lenguh dan badan saya. Saya rasa kaki kebas dan menyusuk sedikit. Saya rasa lesu, loya panas di leher. Saya sudah berjumpa dengan dokter…dia beri ubat angin…sampai sekarang sya masih belum sembuh
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Masalah saraf tunjang seperti sciatica
- Kecederaan pada saraf tunjang
- Heniated disc
- Kencing manis (Diabetic neuropathy)
- Kekurangan vitamin B12
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.