Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bahagian pusat dan perut menjadi keras tegang sakit

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 17, 2020 8:57 AM

Sulit 41 hari

SAYA LELAKI BERUMUR 37 TAHUN BERBADAN BESAR,PERUT BESAR SEMINGGU LEPAS BAHAGIAN PUSAT MENJADI KERAS,MERASA TEGANG DAN SAKIT,DAH 2 KLINIK SAYA DPTKAN RAWATAN,YG PERTAMA KATA ANGIN TP TTP X OK DAN YG KEDUA TERUS BG UBAT BENGKAK,TAHAN SAKIT AN ANTIBAOTIK…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 41 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, masalah perut yang semakin besar secara drastik setelah berlakunya kekerasan pada bahagian pusat yang tegang dan sakit boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit yang diketahui iaitu:

  • Penyekatan pada saluran usus atau usus tersumbat, yang boleh menyebabkan keradangan pada usus serta perut berair (ascites)
  • Jangkitan virus yang khusus menyerang usus (Viral Gastroenteritis)
  • Penyakit celiac (Celiac disease) atau ketidakbolehan untuk bertoleransi terhadap beberapa makanan. Ini boleh menyebabkan alahan serta keradangan pada usus.
  • Masalah pencernaan (dyspepsia)
  • Ketumbuhan angin pasang pada kawasan pusat (umbilical hernia) : sila rujuk dengan doktor secepat mungkin
  • Ketumbuhan polip pada saluran usus (FAP)
  • Kanser usus besar atau kecil

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Kami sarankan andaberjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mendapatkan kepastian mengenai masalah anda dengan lebih lanjut agar mendapat rawatan yang sesuai. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Thu Sep 17 2020 08:57:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kerap sendawa tapi bukan kenyang I’m 18 years old girl. Lately ni i perasan yang i kerap sendawa walaupun bukan sebab kenyang. It give me uncomfortable situation because time i tengah study dekat kelas tiba tiba i sendawa. This… Baca lagi...
25 hari
Sulit
Sakit perut kanan atas bila ditekan Assalam dan hai doktor. Saya sebelum ini mengalami gastrik tetapi kali ini saya hadapi gastrik sekali lagi dan perut kanan atas terasa sakit bila ditekan. Sekarang ni saya hadapi masalah kurang … Baca lagi...
18 hari
Sulit
Sakit perut dan kembung perut Saya kerap mengalami kembung dan sakit perut. Adakah ini berkaitan dengan ubat darah tinggi amlodipine 5mg yg saya ambil setiap hari? Baca lagi...
14 hari
Sulit
Sakit mnyucuk dr dubur hingga ke perut Sy wanita 21 thun yg sdg mngalami sakit bhgian dubur shingga tmbus ke perut.sakit ini kdg2 buat saya mual…apakh pnyakit yg sy hdapi?dn bgaimna cara utk mncegahnya? Baca lagi...
21 hari
Sulit
Perut berbunyi angin kentut Semalam sebelum tidur, perut saya mengeluarkan bunyi seperti kentut. Dalam masa 2saat. Itu selepas saya minum air dan baring. Untuk pengetahuan , sy dijangka kn untuk datang bulan semalam, tp te… Baca lagi...
26 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!