
Sulit
3 tahun
Balik dari Pusat kuarantin
Saya ingin bertanya bagaimana pengurusan barang serta pakaian bekas pesakit covid yang telah habis kuarantin dan baru tiba di rumah dari Pusat kuarantin. Bagaimana pula pergaulan dengan ahli keluarga yang lain? Boleh ke bekas pesakit covid yang telah habis kuarantin dan sudah tiada gejala itu keluar dan pergi ke kerja keesokan hari? Boleh jugakah dia pergi mengambil suntikan vaksin beberapa hari selepas tamat kuarantin? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setelah anda habis kuarantin dan balik rumah, barang dan pakaian anda dari pusat kuarantin digalak untuk dibersihkan. Anda boleh bergaul dengan ahli keluarga seperti biasa sekiranya ujian covid terkini anda adalah negatif, namun anda juga perlu mengekalkan jarak sosial sebab bekas pesakit seawalnya dalam 2 minggu masih berisiko rendah menyebarkan jangkitan, cuma jumlah virus dalam badan telah berkurang.
Selain itu, sekiranya anda telah tidak bergejala sekurangnya 10 hari sejak timbulnya serta ujian covid terkini anda adalah negatif, anda boleh pergi kerja, cuma perlu mengikuti SOP, pakai mask, rajin cuci tangan dan jarakkan diri sama lain.
Bekas pesakit boleh terima suntikan vaksin covid seawalnya sekira tidak pernah terima sebarang perubatan antibodi masa kuarantin. Sesiapa yang pernah terima rawatan antibodi perlu menangguhkan vaksin mereka selama 3 bulan. Anda boleh menghubungi pusat kuarantin anda atau merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan catatan rancangan rawatan anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini