Sulit
2 tahun
Baru seminggu habis priod check preg test doubleline
Assalam , hy doc saye nazatul berumur 20tahun . Sudah berkahwin 1tahun 4bulan . Masalah saya adalah tarikh 25/9 saye baru habis priod lepas seminggu tarikh 1/10saya rasa loya , tak sedap badan saya check preg test doubleline saamar samar . Esokkan harinya saye check lagi double line samar ii . Lepastu saya check 8/10 oneline . Mula mula tahu doubleline tu happy sangat , tapi bila dpt tahu oneline down teruk . Tolong saya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kekeliruan anda terhadap keputusan ujian UPT. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT perlu diambil kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlepas untuk menunjukkan keputusan yang tepat. Ini kerana tahap hormon kehamilan (hCG) mungkin masih rendah pada awal kehamilan and menjadikannya sukar untuk dikesan melalui UPT. Selain itu, anda juga perlu menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana pada masa ini, air kencing adalah pekat dan mempunyai kadar hCG yang tinggi. Namun, ada kalanya ujian UPT menunjukkan keputusan ‘false-positive). Ini boleh berlaku jika terdapat masalah kesihatan seperti penyakit kencing kotor, masalah buah pinggang dan sista ovari. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk menjalankan ujian darah yang lebih tepat untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.