norliza.nz
4 tahun
Batuk berkahak datang semula
Saya berusia 37 tahun, dalam tahun ni sy kerap masuk hospital dan ke klinik unt merawat batu saya… Dn sy ada mengalami bronchopneumonia mengikut doctor yg merawat… Dan baru2 ni sy ada mwngambil vaksin pneumococcal dan influenza… Tetapi Selepas bbrp mggu Kemudian, batuk sy datang lagi dan berkahak.apa yang boleh saya buat unt menghilangkan dan apa sebab batuk datang semula walau dh ambil vaksin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, vaksin memperuntukkan tubuh anda dengan imunisasi aktif yang mana ia bermaksud tubuh badan anda akan bereaksi dengan lebih cepat dalam melawan jangkitan. Mengambil vaksin bukan bererti anda tidak akan terkena jangkitan sama sekali. Tambahan pula, vaksin yang anda ambil adalah untuk pneumococcal dan influenza sahaja yang mana influenza adalah penyakit selsema bukan batuk berkahak. ]
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Sekiranya anda rentan, maka anda harus mengambil langkah penjagaan yang sesuai seperti memakai topeng muka, menjauhi habuk dan sebagainya. Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.