
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak pada bayi
Anak saya berusia 1 tahun 6 bulan telah mengalami batuk selama 3 minggu. Saya telah membawanya pergi berjumpa doktor dan peparu tiada masalah dan doktor telah memberikan salbutamol kepada anak saya.
Keadaan anak saya aktif dan ceria serta makan dan minum seperti biasa. Persoalan saya , bila sy perlu berjumpa dengan doktor semula dan apakah pernyebab kepada batuk kerana anak sy mudah terkena selesema dan batuk berkahak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah batu berpanjangan yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Iritasi saluran udara - akibat jerebu atau asap rokok
- Demam selesema atau jangkitan influenza
- Penyakit asma - sering teruk waktu malam
- Jangkitan saluran udara
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti gejala demam, kahak ataupun badan lemah serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.