
Sulit
5 tahun
Batuk dan sakit tekak perit
Saya berumur 22 tahun. Saya mengalami batuk dan sakit tekak selama 2 minggu lebih selepas keluar beli keperluan . Tekak saya berasa seperti luka dan perit apabila batuk . Malah ia menyebabkan saya sukar bernafas dan tidur yang lene. 4 hari sblm ni pula saya sudah mula muntah2 dan kahak yg berbuih putih dan kdg2 hijau . Apa yg saya boleh lakukan selain kumur dgn air garam, hisap lozenge dan minum air lemon suam? Selera makan saya agak kurang juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tekak dan baruk kadang-kadang mengambil masa untuk sembuh. Oleh itu anda awasi dahulu gejala anda. Anda juga boleh terus mengamalkan amalan yang ada sebutkan di atas. Pastikan anda minum secukupnya sehingga air kencing anda jernih.
Akan tetapi, sekiranya sepanjang anda sakit ini, gejala yang anda alami semakin parah dari hari ke hari, maka anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.