Sulit
5 tahun
Batuk disebabkan kahak
hi doktor, saya berumur 27tahun. saya mengalami batuk lebih 3minggu disebabkan byk kahak dia tekak. tetapi tidak selesema. dan ia juga membuatkan tekak tidak selesa disebabkan oleh kahak tersebut. apakah punca menyebab kan kahak begitu banyak. ia membimbangkan saya disebabkan negara kita sedang diserang covid 19.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- pneumonia
- chronic bronchitis
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Anda juga akan mengalami gejala seperti terbakar pada dada dan kerap sendawa
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































