
Sulit
5 tahun
Batuk kering, deman, sukar bernafas seperti biasa,
saya wanita berusia 25 tahun, tiada sebarang contact dgn
pesakit positif covid19, cuma awal minggu pada 16march
demam sedikit kerana berhubung dgn tunang baru balik dari
europe yg juga turut demam(tunang negatif covid19), 2hari
kemudian sembuh mcm biasa, selepas itu demam datang balik
, dan sembuh dan demam balik,saya makan panadol, minggu ni
start 26march ada batuk kering sedikit sampai sekarang, saya tidak
pernah keluar rumah sejak perintah kawalan pergerakan
dan saya pernah ke klinik utk diperiksa pada 17march,tp doktor cakap tiada apa2
dan waktu itu juga demam saya sudah baik,adakah kesihatan
saya berkait dgn simpton covid19

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk kering boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan influenza
- tuberkulosis
- jangkitan pada tonsil
- keradangan
- COVID
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini