
Sulit
4 tahun
Bayi 2bulan demam risau cara beri ubat
saya ibu muda yang perisau akan anaknya…
bayi saya 2bulan dan demam… dapat ubat PCM cecair…
bagaimana saya mahu berikan? adakah saya perlu minum atau terus beri ke anak? untuk makluman doktor saya fully bf anak saya tanpa formula… selain itu doktor kata anak saya kekurangan darah,bacaan hemoglobin rendah…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kondisi bayi yang kekurangan darah memerlukan perhatian yang sangat teliti dari pihak doktor, selain itu pemberian PCM pada anak bayi lazimnya akan menggunakan syringe namun pemberiannya adalah perlahan-lahan, bukan sekali gus. Tambahan lagi, jumlah cairanubat yang diberikan adalah sangat tergantung pada dosis yang telah ditetapkan oleh doktor anak anda.
Oleh yang demikian saya sarankan anda untuk kembali ke klinik bagi mendapat penjelasan yang menyeluruh tentang:
- kondisi bayi yang dikatakan kekurangan darah
- jumlah dosis PCM pada anak
Umumnya anda masih boleh meneruskan breast feeding walaupun bayi demam.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.