
Sulit
4 tahun
Bayi 6 bulan berak cair dah seminggu
Anak saya dah seminggu berak cair lebih kurang 5@6 kali dalam 24 jam. Dah g jumpa doktor kt klinik tp masih tiada perubahan…anak tetap aktif seperti biasa cuma bila lepas minum susu dia akan berak2

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Jika anda baru sahaja tukar susu, memberi makanan kepada bayi anda, ia boleh menyebabkan perubahan corak pembuangan najis bayi anda. Anda disarankan untuk memastikan anak anda kekal tinggi hidrasinya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.