
Sulit
5 tahun
Bayi berumur 27 hari, najis berlendir. Adakah ini normal? Risau sangat. Adakah saya perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan segera?
Bayi saya berumur 27 hari. Sudah 3 kali berak berlendir tapi jumlah lendir tidak banyak. Penyusuan kerap. Perut tidak kembung. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jika jumlah lendir yang ada pada najis tersebut adalah sedikit dan anak anda tidak memiliki sebarang gejala yang merisaukan, maka perkara ini adalah normal. Hal ini kerana, najis bayi yang masih menyusu melepasi usunya dengan pantas lalu menyebabkan najisnya berlendir. Namun, jika jumlah lendir tersebut banyak, antara sebab masalah ini adalah:
- alahan pada makanan
- keracunan makanan
- masalah usus bertindan (intussusception)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.