Sulit
2 tahun
Bayi cirit selamat seminggu
Hi, bahaya tak kalau bayi cirit terlalu lama (seminggu) bayi 8m aktif Dan kuat minum air/susu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda mengenai keadaan anak anda yang cirit birit selama seminggu.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Memandangkan keadaan cirit birit berlanjutan seminggu, disarankan rujuk perkara ini kepada pihak hospital dengan segera. Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih