Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi Jantung berlubang

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 3, 2019 11:45 PM

Sulit 15 bulan

Ank sy berumur 34 hari. Mengidap jantung berlubang sejak lahir disebabkan ada ciri2 cromosom21. Bby baru dibenarkan pulang kerumah selepas 26 hr ddk di ward nicu untuk pantauan. Sy ingin bertanya jika bayi saya kurang menyusu dan suka tidur… sehingga terlepas waktu menyusu adakah ok atau tidak. Sebab bila saya paksa dia bangun untuk menyusu dia memang tidak mahu. Dan bila dipaksa saya risau dia akn sesak nafas disbbkan jantung dipam terlalu laju. Satu lagi. Bayi saya kurang berat dan susu badan sy kurang. Apakah susu formula yang boleh saya ambil untuk menambahkan berat badan bayi memandangkan bayi sy mungkin akn dibedah ketika umur 6 bulan. Dan berat 5@6kg. Sekarang berat hanya 2.5kg.

Dr Ramzdhan 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Untuk menjawab soalan puan, keseimbangan untuk memberikan susu dan bagi memastikan bayi puan cukup tidur adalah amat sukar. Sekiranya susu badan puan tidak mencukupi, puan boleh merujuk kepada pakar kanak-kanak akan susu bersesuian dengan anak anda sebagai pemakanan tambahan dan masa serta jumlah yang sesuai untuk diberikan kepada anak anada. Hal ini kerana anak anda mempunyai kondisi jantung berlubang dan akan dibedah pada umur 5-6 bulan dan dari segi pemakanan, anak anda memerlukan nasihat pakar bagi memastikan penerimaan nutrisi yang mencukupi dan selamat. Sekian.

Dikemaskini pada: Sat Aug 03 2019 23:45:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Cara Bagi Bayi Makan 6 Bulan Hai Doktor, anak saya 6 bulan 12 hari dan dah pandai duduk tanpa support dengan kepala tegak. Jadi bulan ni, kami akan start bagi dia makan makanan pejal. Saya ada baca tentang BLW dan kebaikann… Baca lagi...
34 hari
Sulit
Buang air kecik sakit sehimgga menangis Anak lelaki Saya berumur 3tahun 8bulan .baru ni buang air kecik sakit sngt .sampai menangis .bile sy cek .nk pegang penis dea pun sakit .Saya cek jugak then lepastu ad berwarna putih keluar dari… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Kanak2 umur 2 tahun susah buang air besar Anak saya berumur 2 tahun setiap kali mahu membuang dia akan menangis sakit .Sangat susah untuk membuang sehingga dia tidak lalu makan dan berat badan turun mendadak.Kadang kala hanya darah saha… Baca lagi...
34 hari
nurulazwa004
Bayi demam dan kerap berak kenapa? Bayi saya berumur 1 thn 4 bulan…baru demam 2 hari.sepanjang demam…sehari kekerapan berak adalah 3@4 kali sehari…najis akncair jika bnyk minum susu dan pekat n mcm biasa jika ada makan bubur. Adakah n… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Bayi dua bulan minum fully minum susu formula tak buang air besar Anak saya berumur dua bulan fully minum susu formula , normal ke kalau tak membuang dahh tiga hari ? Selalu nye dia membuang hari hari atau selang sehari tapi sekarang nie dahh tiga hari tak mem… Baca lagi...
38 hari