
Sulit
4 tahun
Bayi kerap jatuh katil dan walker
Saya mempunya bayi lelaki berumur 10bulan. Lahir 23.11.2019. Dalam tempoh 5 bulan hingga 10 bulan, dia kerap jatuh dan terhantuk. Jatuh katil dewasa dari usia 5 bulan dan jatuh dari walker juga kerap. Jatuh dari walker sudah lebih 2 kali. Jatuh di permukaan simen dan mengalamami luka tetapi hanya calar2 di kening dan bawah mata. Sepanjang tenpoh kerap terjatuh dan luka dia tetap aktif seperti biasa. Saya amat terkilan kerana hal2 seperti ini dikatakan kerap berlaku. Perlukah saya membawa bayi saya ke CT scan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesihatan anak anda.
Untuk pengetahuan anda, bayi anda sekarang berada dalam fasa mengenali persekitaran. Tumbesaran bayi boleh di bahagikan kepada skil gross motor, fine motor, dan skil bahasa.
Melalui gross motor, bayi berumur sekita 5-10 bulan mampu melakukan perkara beriku:
- Berguling
- Duduk tanpa sokongan
- Mencuba untuk berdiri
- Merangkak
- Cuba untuk menggapa objek
- Memasukkan objek ke dalam mulut
- Mencuba untuk berjalan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Skil skil ini akan cuba dilakukan oleh bayi, dan dalam percubaan tersebut, jatuh, luka dan trauma sangat sering terjadi. Kemungkinan insiden yang berlaku tidak perlu dirisaukan namun sekiranya terdapat gejala lain seperti berikut, sila berjumpa dengan Doktor:
- Bayi menangis tidak berhenti selepas jatuh
- Demam yang berpanjangan
- Bayi menjadi kurang aktif
- Benjolan di tempat trauma yang tidak surut
- Sawan
- Pendarah yang tidak berhenti
Sekiranya anda masih risau tentang keadaan anak anda, sila ke hospital atau klinik untu pemeriksaan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.