Sulit
2 tahun
Bayi muntah dari hidung
Salam doc.bayi yg berusia 2bln lebih semasa menyusu formula dia tersedak dan mengeluarkan susu pada hidung dan mulut…adakah ia merbahaya kepada bayi?adakah ada kesan pada paru2 bayi…?seperti susu msuk ke saluran paru2…mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, susu keluar daripada hidung bayi apabila tersedak adalah normal. Hal ini kerana, terkadang ketika menyusu, bayi akan tertelan udara bersama susu. Udara tersebut perlu keluar semula sama ada melalui mulut atau hidung.
Tambahan lagi, bahagian belakang hidung bersambung dengan belakang tekak. Apabila bayi anda tersedak dan mulutnya tertutup, maka susu akan keluar dari hidung. Ia juga boleh berlaku jika bayi anda batuk, bersin atau sedu.
Perkara ini selalunya berlaku sehingga umur 4 bulan. Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak pada umur lebih besar. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.