
Sulit
5 tahun
Bayi sering muntah susu
Salam dok,sy ade ank brumur sebulan lebih…dia selalu rasa jeluak dan sering jugak muntah susu formula.adakah itu salah satu sebab susu itu tidak sesuai dengan dia? Saya bg dia s-26…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada awal lahir, perut bayi masih kecil. Justeru, kuantiti susu yang boleh dihadam hanyalah sedikit. Ukuran perut bayi akan membesar setiap hari, sehingga kuantiti susu yang diambil akan bertambah. Seandainya susu yang diberikan adalah banyak, maka ia boleh menyebabkan bayi mengeluarkan susu tersebut. Sebagai panduan menentukan kuantiti susu setiap hidangan sesuai usia bayi, anda adalah digalakkan untuk merujuk doktor. Secara umum, bayi berusia 4 minggu (1 bulan) hanya memerlukan sekitar 50-100 ml setiap hidangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.