Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi terminum air mandian

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 1:58 PM

nuramalina2509 54 hari

Hi doctors, petang tadi saya mandikan bayi saya yg berumur 1 bulan. Secara tak sengaja air masuk ke dalam mulut bayi semasa saya membasuh muka dia & dia terminum air mandian tersebut. Adakah bahaya? Hingga sekarang bayi saya minum susu, tidur & bernafas seperti biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 54 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, saya bpasti bayi anda hanya terminum sedikit sahaja. Tambahan pula, dia tidak mengalami apa-apa gejala dan masih menyusu seperti biasa. Oleh itu, saya beraggapan bahawa tidak ada masalah berlaku pada bayi anda. Maka buat masa sekarang, anda tidak perlu terlalu risau.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 13:58:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Susu formula untuk bayi G6PD. Adakah bayi allergic terhadap soya? Hi doctor. Saya nak tanya berkenaan bayi saya yang baru lahir mempunyai G6PD. Adakah dia allergic terhadap susu formula yang mengandungi soya ? Susu formula apa yang sesuai untuk bayi yang mempu… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Ruam merah seluruh badan Hai doktor, saya dapat 2 org anak saya yg berumur 10 tahun dan 6 tahun mempunyai ruam merah seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. Anak umur 10 tahun ada gejala demam sblm muncul ruam sel… Baca lagi...
48 hari
Sulit
Daya tahan bayi bawah setahun Apa makanan tambahan yang sesuai untuk bayi bawah setahun… I mean vitamin or other supplements… Untuk kuatkan antibody Baca lagi...
58 hari
Sulit
Baby buang air besar kerap Hi doctor, Baby saya umur 4 bulan kerap buang air besar pada hari ini. Mula berlaku pada hari ini. Dia mula buang air besar pada jam 2.30am pagi tadi sehingga jam 5.00pm ptg ni sudah 4 kali. Ad… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Kelakuan pelik anak autisme Salam Sejahtera doc, saya mempunyai anak perempuan sulung berumur 12thn yang mempunyai mild autisme. Dia kini masih menjalankan terapi di PPUM. Baru-baru ini saya adopt kitten atas permintaan an… Baca lagi...
34 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi