
Sulit
3 tahun
Bayi Tidak Berak Selama 2 hari
i doctor saya nak tanya , bayi saya tak berak dalam 2 hari , perut tak kembung kdng2 sahaja , ada kentut , saya campur susu 2 hari lepas susu formula ,bayi saya minum tak banyak tak sampai 2 oz , adakah bahaya sekiranya bayi tak berak 2 hari ? boleh bantu apa yang perlu saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kekerapan untuk membuang najis seorang bayi bergantung kepada individu tersebut. Sesetengah bayi membuang najis sekali sehari, ada juga sekali dalam beberapa hari malahan ada juga sekali seminggu. Selagi perkembangan bayi anda sihat dan berat badan meningkat secara normal, anda tidak perlu begitu risau tentang bilangan kekerapan membuang najis.
Namun begitu sekiranya bayi anda mengalami simptom sembelit, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Antara simptom sembelit adalah:
- Bayi kerap menangis
- Kurang selera menyusu atau makan
- Meneran dengan berlebihan sehingga muka berubah warna merah tanpa keluar najis
- Najis yang sedikit dan keras
- Najis yang kering dan berwarna gelap
Memandangkan bayi anda kurang selera makan dan tidak berak selama 2 hari, disarankan untuk anda segera merujuk perkara ini kepada pihak hospital agar pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.