amerrslh33
4 tahun
Bayi tiga bulan batuk meneran
Terima kasih saya ucapkan pada doktor, saya risau dgn keadaan cucu saya yg berumur tiga bulan, bila dia bernafas ada bunyi kroh kroh seperti ada kahak dan bunyi tu bukan dihidung tapi dileher dia atau dikerongkong dan sesekali dia akan batuk dan batuknya seperti batuk meneran mcm nak keluarkan sesuatu benda sambil menangis, dah bawa g klinik doktor kata tak da demam semua ok katanya, doktor hanya bagi ubat titis, bolih tak doktor bagi penjelasan tentang keadaan cucu saya ni, terima kasih doktor atas penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah batu berpanjangan yang dialami oleh cucu anda boleh disebabkan:
- Iritasi saluran udara - akibat jerebu atau asap rokok
- Demam selsema akibat jangkitan virus ataupun bakteria
- Penyakit asma - sering teruk waktu malam
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan cucu anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti gejala demam, kahak ataupun badan lemah serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.