
Sulit
5 tahun
Bayi usia 23 hari kuat menyusu
Hi doctor… Bayi saya baru usia 23 hari… Normal ke bayi saya menyusu kerap? Sejam 2 auns kdg lebih… 2 auns seakan xckup bg bby sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham dengan kebimbangan anda mengenai anak anda yang kerap menyusu. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada sebarang pemasalah jika bayi kerap menyusu. Perkara akan menjadi bermasalah jika bayi kurang menyusu, kurang aktif, tidak membuang air dan sebagainya. Oleh kerana bayi kerap menyusu, bayi juga harus kerap membuang air.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.