
Sulit
4 tahun
Bekas pembedahan colostomy
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya mengenai bekas pembedahan kolostomy saya. Sejarah Pembedahan saya ialah pada tahun 2011. kini saya ingin bertanyakan kesan sebab ada luka yg bernanah.Bagaimana untuk saya mengubati dan mengeringkan kesan luka tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang luka colostomy.
Untuk makluman anda, luka yang bernanah perlu dirawati dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh membahayakan lagi nyawa anda. Saya menasihatkan anda untuk merujuk kembali ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan oleh doktor.
Bagi rawatan di rumah, pastikan kawasan luka tersebut sentiasa kering dan pastikan anda menjaga kebersihan diri sebaiknya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.