Sulit
2 tahun
Bekas pesakit Covid-19 (positif tapi tidak bergejala)
1. Adakah bekas pesakit Covid-19 masih boleh berjangkit kepada orang lain walaupun telah selesai quarantin selama 10 hari(tiada sebarang simptom sepanjang 10 hari)?
2. Adakah bekas pesakit masih boleh terjangkit dengan Covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda berkenaan bekas pesakit COVID-19, kami akan cuba menjelaskan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh tidak akan menjangkiti orang lain atau orang yang terdekat. Bagaimanapun, bekas pesakit masih boleh dijangkiti COVID-19. Hal ini susulan beberapa kes yang dilaporkan mengenai jangkitan semula virus tersebut kepada bekas pesakit COVID-19.
Anda diingatkan untuk sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dengan baik dan mengadakan kawalan kendiri buat masa ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini