
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid tahap 4
sy telah sembuh dari jakitan covid 19 tahap 4 selama 2 bln… boleh kah sy melakukan aktiviti lasak sperti bermain futsal dan badminton?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda telah sembuh dari jangkitan covid-19 tahap 4 selama 2 bulan dan ingin mengetahui sekiranya anda boleh melakukan aktiviti lasak. Saya akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.
Anda disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan tahap kesihatan anda, namun sekiranya anda mendapati ada simptom-simptom yang muncul selepas bersukan, anda hendaklah berbincang mengenainya dengan doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya berharap jawapan diatas menjawab persoalan anda, sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini