
richardcat14
4 tahun
Belakang kepala sakit dan dada bedebar rasa nak pitam
Saya berumur 25 tahun… pada mulanya saya balik kerja petang… saya singgah kedai kopi…minum kopi ais… dalam kehausan… sebelum itu saya dapati bekalang kepala saya terasa sakit… lepas tu beberapa minit betambah sakit…saya pon risau… beberapa minit lagi betambah sakit kepala belakang… dengan tiba tiba rasa nak pengsan… saya goyangkan kepala gagal pengsan… Hari esok nya saya ke hospital cek darah semua ok doktor cakap… dah sebulan pon lagi rasa macam ini… 3 kali dah cek hospital… tapi keputusan yang sama saya dapati… adakah ini gejala darah tinggi… ataupun sebagai nya… kepala dan dada berasa bedebar selalu setiap hari hari… tak henti…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.