Sulit
3 tahun
Bengkak atas kening sebelah kiri
Saya mngalani bengkak di atas kening sebelah kiri sehingga rasa sakit dan pening tambahan pula apabila Saya tundukan kepala ,adakah penyakit ini disebabkan oleh Saya melakukan operasi cabut gigi garhang sebelah kiri di Klinik kerana gigi Saya sudah reput dan bernanah akibat tumbuh songsang?Saya sudah pergi ke Klinik dan doktor memberi ubat bengkak dan ubat tahan sakit selepas itu rasa sakit hilang dan sekarang sakit itu kerap datang lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Periorbital cellulitis
- Jangkitan saluran peluh
- Jangkitan kulit oleh bakteria, kulat atau virus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami gejala sedemikian berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sekiranya gejala anda berlarutan dan tidak sembuh walaupun ubat telah dihabiskan, sila pergi ke klinik semula.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.