faezah.omar
4 tahun
Bengkak tonsil sebelah kanan
Saya wanita 30an. Baru mengalami bengkak tonsil. Ubat batuk hurix gamat madu sesuai x untuk di ambil. Sbb klinik kesihatan kehabisan stok ubat sakit tekak dan ubat batuk. Sy hanya dpt antibiotik, demam n selsema sahaja. Tonsil saya ada putih2 nanah… terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Walaubagaimanapun, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap memandangkan anda tidak menjelaskan sifat batuk yang anda alami. Merujuk kepada keluhan diatas, seharusnya pemberian antibiotik adalah untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan sehingga tonsil membengkak dan meradang. Sementara ubat demam dan selsema diberikan agar dapat melegakan gejala-gejala demam dan selsema. Memandangkan anda tidak menjelaskan sifat batuk anda, justeru, kami tidak boleh memberi kata putus tentang kesesuaian ubat ini dengan keluhan atau gejala yang anda alami.
Untuk menanyakan secara langsung tentang kesesuaian ubat ini dengan kondisi anda, silkan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian ataupun (DoctorOnCall) untuk mengkonsultasi doktor kami . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.