Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Benjolan di payudara sebelah kanan anak saya yang berumur 9 tahun

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 1, 2020 1:56 PM

Sulit 9 bulan

Hi, doktor. Anak saya berumur 9 tahun. Perempuan. Saya perasan ada benjolan di payudara kanan beliau. Dia berasa sakit jika di tekan. Payudara sebelah kiri normal. Tiada benjolan. Adakah berbahaya?

Dr Sashini Seeni 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara anak perempuan anda yang berumur 9 tahun mungkin merupakan petanda mencapai tahap baligh/puberti.

Hal ini adalah biasa dan anda perlu menasihati anak anda supaya tidak mengurut atau menebuknya. Sekiranya mendapati kulit kawasan tersebut bermerah, bernanah atau anak anda mula demam, sila merujuk masalah ini kepada doktor secepat mungkin.

Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 01 2020 13:56:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Bekas cucuk terasa panas hi doktor, anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. pada 5/1/2021 anak sy telah mendapatkan suntikan hexaxim B. tetapi sehari selepas cucuk, tempat yg dicucuk tu (peha) terasa panas bila disentuh da… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Anak Umur 2 Tahun Termakan Pil Perancang Saya ada anak perempuan umur baru nak cecah 2 tahun. Dia korek handbag saya dan terjumpa pil perancang.dia buka dan makan sebijik. Masa saya korek mulut dia da tinggal separuh. Ada apa2 effect k… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Anak cirit waktu malam anak saya berumur 18 bulan , dalam minggu ni anak saya kerap tercirit pada waktu malam tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. saya risau , kalau kalau anak saya beracunan Baca lagi...
9 hari
Sulit
Mahu sentiasa menjadi nombor satu, peserta pertama Anak sulung berumur 7tahun, baru memiliki adik. Masalahnya anak sulung ini selalu membandingkan dirinya dan mahu jadi nombor satu. Hatta, siapa mandi dahulu pun menjadi isu besar. Sanggup hantar… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Masalah Pencernaan Bayi Hi Doktor. Bayi saya berumur 4 bulan dah sepenuhnya menyusu badan. Masalah yang dihadapai ialah dia sudah seminggu tidak membuang air besar. Tp kebiasaannya dia memang tidak kerap membuang air b… Baca lagi...
18 hari