
Sulit
4 tahun
Benjolan pada payudara kiri
Saya wanita berumur 24 tahun dan masih belum berkahwin. Saya dapati terdapat benjolan bulat pada bahagian payudara saya sebelah kiri. Benjolan bulat tersebut agak keras dan tidak bergerak namun tidak menimbulkan rasa sakit. Kedudukan benjolan itu di bahagian tepi payudara sebelah kiri (berada antara payudara dan ketiak). Saya berasa tidak selesa lebih-lebih lagi bila memakai bra. Adakah benjolan itu dikira satu simptom kanser payudara kerana saya dapati sudah lama benjolan tersebut timbul pada payudara saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gumpalan tisu fiber (fibroadenoma)
- Gumpalan tisu lemak
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Kanser payudara- lebih lazim dalam kalangan wanita berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.