Sulit
3 tahun
Berak berdarah tanpa rasa sakit di punggung
hai saya perempuan berumur 22 tahun, saya mengalami pendarahan sewaktu membuang air besar. dulu pernah terjadai tapi saya hanya menambil ubat sembelit tapi kalini jadi lagiselama tiga hari darah tidak berhenti semasa saya membuang air besar, plus bila saya kencing kadang saya tengok ada jugak keluar. saya ada jugak rasa nyeri di perut taktahu la sebab saya ni takut darah. jadi pening pastu nak muntah. macam mana ya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berak berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana risiko kekurangan darah merah (anaemia) boleh berlaku jika hal ini berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.