Sulit
3 tahun
Berapakah lingkungan harga jika saya ingin membuat ujian darah bagi mengesan apa apa penyakit yang saya alami di klinik khas hb? Adakah saya boleh membuat ujian darah itu tanpa arahan dari doktor?
Saya mengalami sakit dada secara tiba tiba pada tahun ini, dan mengalami period pain yang teruk. Berat badan turut menurun kepada 37kg. Saya seorang perempuan berumur 18 tahun. Boleh doktor terangkan berapa lingkungan harga untuk membuat ujian tersebut? Terimakasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit anda.
Untuk makluman anda, saya kurang pasti akan harga segala ujian yang anda perlukan. Setiap klinik mempunyai standard harga tersendiri. Saya harap anda dapat menghubungi klink tersebut untuk mengetahui harga dengan lebih terperinci.
Anda juga boleh melawat klinik kesihatan kerajaan atau hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan dengan harga yang lebih berpatutan.
Anda masih risau tentang haid sakit ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.