
Sulit
4 tahun
Berat badan bayi tak naik naik
Baby saya berusia 6bulan 3minggu. Dan minum susu formula (anmum langkah 1) sepenuhnya dari usia 4 bulan. (cara bancuhan 4oz 2 sudu susu atau 2 1/2 sudu susu) Sejak dari itu berat badan die cume naik 200-300 gram sahaja. Dan pengambilan susu pun terlalu banyak dan kerap tapi berat die ketika ni cuma 6.04kg. Die juga sudah mula makan diusia 6bulan. Sekali makan pun dengan kuantiti yg banyak, 1 hari 3 kali makan. Badan die tetap tidak naik banyak. Adakah sebab pemilihan susu yang salah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Untuk pengetahuan anda, tumbesaran bayi adalah berbeza dari segi berat dan tinggi. Dari lahir hingga usia 6 bulan, bayi mungkin membesar 1/2 hingga 1 inci (kira-kira 1.5 hingga 2.5 sentimeter) sebulan dan kira-kira 140 hingga 200 gram seminggu. Berat bayi anda mungkin akan digandakan dengan berat badan kelahirannya dalam lingkungan lima bulan.
Masalah berat badan tidak naik boleh disebabkan banyak perkara dan tidak semestinya disebabkan masalah nutrisi. Oleh itu, menambah jumlah kalorie dalam makanan seperti bubur tidak membantu jika punca sebenar masalah ini tidak dikenalpasti. Antara punca bagi masalah ini ialah:
- Hormon tiroid yang tinggi dalam badan
- Masalah metabolisma
- Jangkitan
- Sakit kronik
- Kurang mendapatkan nutrisi seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.