
Sulit
4 tahun
Berdarah waktu pregnant
hye.sya nak tanya.sya mengandung dah 10 minggu . tiba tiba tadi ada keluar darah tapi sedikit dan ada warna coklat dekat seluar dalam,dan waktu kencing ada selaput berwarna merah macam period tapi sedikit . adakah tu membahayakan kesihatan sya dan kandungan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan pendarahan tersebut berlaku:
- Keguguran
- Kandungan luar rahim
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Jangkitan salur kencing
- Penyakit karang dalam saluran kencing
Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana anda sedang mengandung dan pendarahan semasa mengandung adalah tidak normal. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.